Tuesday, November 11, 2014

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANWAR - CAWANGAN BARU 2017 DI MERU - PENDAFTARAN 2017 DIBUKA SEKARANG






SRI ALANWAR MENDAPAT PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN UPKK (JAKIM) TAHUN 2015
DARI GABUNGAN SEKOLAH ISLAM SWASTA (GASIS)



AFIF FAHMI BAHARUDDIN:
MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG 8A DALAM PEPERIKSAAN UPKK (JAKIM) 2015





PUSAT:
Sekolah Rendah Islam Al-Anwar
22A, Jalan Putra Indah 9/1 D, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
03-51038326/013-2838658 Ustazah Amalina 





















CAWANGAN PUTRA BAHAGIA:
No.2 Jalan Putra Bahagia 8/2L,Putra Heights, 47650, Subang Jaya, Selangor.
012-7972818 Ustazah Faezah









CAWANGAN SAUJANA PUTRA:
No 68A, Jalan SPU 1, Bandar Saujana Putra 68A. Jenjarom, 42610, Selangor Darul Ehsan
Tel : 011-35280422 Ustazah Hana/013- 2950341 Ustazah Nissa












 CAWANGAN SETIA ALAM:
No 51, Jalan Setia Impian U13/3M, 40170, Setia Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 011-19993249 Ustazah Maheran/011- 14971235 Ustazah Elly













LATAR BELAKANG DAN METODOLOGI



LATAR BELAKANG SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANWAR

Sekolah Rendah Islam Al-Anwar ditubuhkan sejak 2010 di Putra Heights,Subang Jaya
Selangor. Sehingga 2016, Sekolah
Rendah Islam Al-Anwar telah memiliki
4 pusat pendidikannya di Selangor dengan bilangan pelajar seramai 450 orang.
Sepanjang 6 tahun beroperasi, Sekolah ini
telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang mahir membaca Al-Quran,
menguasai Jawi dan Fardhu Ain dan lebih dari 400 pelajar berjaya khatam Al-Quran.



Perbezaaan diantara sekolah ini dengan yang lain adalah melalui tiga ciri utama:

1)     Mampu membaca Al-Quran dengan pantas (Menggunakan kaedah Al-Hira). Melalui kaedah ini, para pelajar mampu membaca Al-Quran sepenuhnya dalam masa antara 4 hingga 8 bulan sahaja.

2)     Penekanan khusus kepada Jawi & Bahasa Arab pada tahun pertama dan kedua pengajian. Kebanyakan pelajar kurang mahir pengajian Islam disebabkan penguasaan bahasa arab dan jawi yang lemah. Oleh yang demikian Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil inisiatif untuk memastikan para pelajarnya menguasai bahasa arab dan jawi dengan baik sebelum mereka mempelajari subjek-subjek agama yang lain.
  
3)    Motivasi mingguan adalah untuk menyantuni pelajar, membentuk jatidiri dan syakhsiah dengan menekankan kepentingan ilmu, akhlak dan akal budi.

Selain itu, sekolah ini juga telah berjaya memendekkan tempoh pengajian Al-Quran yang kebiasaanya mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun. Di Sekolah Rendah Islam Al-Anwar, kami menyasarkan tempoh pengajian selama tiga tahun untuk khatam Al-Quran bagi setiap pelajar.



METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM 
AL-ANWAR


TALAQQI:

* Anak-anak dibimbing untuk belajar secara Talaqqi.                                  
 ( Guru mengajar murid seorang demi seorang).
* Konsep tradisi talaqqi ini  penting kerana bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dan Baginda Nabi S.A.W. sendiri menerima wahyu secara talaqqi daripada Jibril A.S. Ilmu bacaan al-Quran diperturunkan secara jelas (fasih) dan teratur, kemahiran ini hanya mampu diperolehi dari     
 sebutan guru yang  telah fasih dalam melafazkannya.

FALSAFAH HIDUP ISLAMI-MOTIVASI TEKNIK PENCERITAAN:

 * Al-Quran mengajar manusia melalui motivasi dan teknik penceritaan kisah-kisah terdahulu.
 Jika dikaji dengan teliti, dalam surah Al-Fatihah ayat 7 yang mengajar manusia menggunakan
pendekatan sejarah dalam membentuk akhlak manusia.
Justeru itulah, Sekolah Rendah Islam Al-Anwar mengambil pendekatan Al-Quran dalam mendidik, memotivasikan pelajar supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia seperti baginda  Nabi Muhammad SAW.

DO IT YOURSELF (DIY):

* Anak-anak dilatih tubi dengan latihan –latihan yang padat dan  komprehensif. Setiap permasalahan
pengajian yang timbul akan dibimbing untuk menyelesaikan sendiri dengan mencari jawapan dalam
rujukan teks dan kamus  yang disediakan . Sekiranya  masih belum dapat diselesaikan, anak-anak  diajaruntuk bertanya sahabat dan guru. Ini merupakan kunci utama  dalam mencari penyelesaian setiap permasalahan pelajaran dan  akhirnya menjadi sifat positif dalam kehidupan.

PERMAINAN:

* “Bermain” adalah naluri anak-anak kecil. Pembelajaran melalui permainan “game” pasti merangsang anak-anak untuk belajar dengan baik. Permainan ini sebenarnya latihan praktikal kepada subjek-subjek teori yang telah diajar. Contohnya “game” mencari harta karun. Anak-anak perlu bergerak secaraberkumpulan untuk melaksanakan misi mengumpul kertas-kertas yang mengandungi rukun iman.Secara tidak langsung dalam keseronokan bermain, anak-anak dibawah sedar   
(sub-counscious) dapat mengingati dan menghayati rukun iman yang diajar.

DISIPLIN DIRI:

* Anak-anak dididik untuk mendisiplinkan diri melalui susun atur perjalanan kelas seperti,
 pelajar-pelajar perlu menyusun fail, buku, meja dan kasut masing-masing setiap kali datang belajar.
(ini mengajar erti berdikari dan rendah hati).

PENDAFTARAN 2022 DIBUKA SEKARANG!

SHINE YOUR HOME WITH AL-QURAN PENGAJIAN YANG DITAWARKAN: * Al-Anwar Smart Al-Quran:  Kaedah pintar mempelajari Al-Quran dalam masa 3 bulan. ...