Wednesday, May 30, 2018

IHYA' RAMADHAN DENGAN DANA WAKAF ILMU SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANWAR

Pengenalan:

Sekolah Rendah Islam Al-Anwar (SRI AL-ANWAR) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 bertujuan untuk memberikan pendidikan Islam dan pengajaran Al-Quran kepada penduduk beragama Islam di sekitar Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai 30 orang pelajar. Melalui pendekatan modul Pendidikan Islam yang komprehensif serta teknik pengajaran yang berkesan, pengajian Islam yang dijalankan berjaya menyingkatkan waktu pengajian dari 3 jam––seperti kebiasaan di sekolah-sekolah agama yang lain––kepada 2 jam setiap hari. Sistem dan kaedah pembelajaran serta pemantauan kualiti secara berterusan telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya menguasai asas pendidikan Islam seperti pembacaan Al-Quran, tulisan jawi dan asas bahasa Arab, dan ini hanya mengambil tempoh masa selama 3 bulan pengajian.


Setelah hampir 9 tahun beroperasi, model pengajian yang diperkenalkan oleh SRI AL-ANWAR semakin mendapat sambutan. Pada tahun 2013, SRI AL-ANWAR membuka cawangan kedua di Bandar Saujana Putra. Jenjarom, Selangor. Kemudian pada tahun 2017, sebuah lagi cawangan baru berjaya dibuka di Setia Alam, Shah Alam. Kini jumlah keseluruhan pelajar di SRI AL-ANWAR adalah seramai 410 pelajar. Ketiga-tiga cawangan ini telah berdaftar dengan pihak JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) dan diberikan kebenaran untuk beroperasi mengikut standard dan sukatan pengajian JAIS.

Oleh itu, dikesempatan Bulan Ramadhan yang mulia ini, SRI Al-Anwar memohon sokongan dari Tuan Puan untuk bersama-sama
menyumbang Dana Wakaf Ilmu yang akan digunakan untuk membaiki partition kelas dan kerosakan lain di sekolah, membeli al-Quran untuk anak-anak belajar membaca al-Quran, membeli buku-buku teks dan rujukan, membeli air minuman dan peralatan di sekolah.
Sumbangan boleh di berikan melalui akaun bank sekolah 



12159010020469 SEKOLAH RENDAH ISLAM AL ANWAR (BANK ISLAM)


Terima Kasih

Ustaz Mohd Anwar Mohd Yusof
Pengerusi Sekolah Rendah Islam Al-Anwar
22A, Jalan Putra Indah 9/1 D, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
012-4156007



















No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN 2022 DIBUKA SEKARANG!

SHINE YOUR HOME WITH AL-QURAN PENGAJIAN YANG DITAWARKAN: * Al-Anwar Smart Al-Quran:  Kaedah pintar mempelajari Al-Quran dalam masa 3 bulan. ...